Gotong-royong membersihkan surau

Pada Sabtu yang lepas, Persatuan pelajar Islam SMK Serian telah mengadakan satu gotong-royong perdana.  Ini adalah kali pertama gotong-royong  besar-besaran diadakan untuk tahun 2011. Semoga jemaah surau dapat melaksanakan ibadah mereka dalam keadaan selesa disamping rasa khusyuk semasa solat.

Pihak Panitia Pendidikan Islam mengucapkan jutaan terima kasih kepada pelajar yang begitu bersungguh-sungguh membantu guru-guru Pendidikan Islam sepanjang aktiviti tersebut diadakan.  Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa dan keprihatinan kalian semua.

Komen

Powered by Blogger