Hari Penyampaian Sijil & Akademik 2010

Baru-baru ini SMK Serian telah mengadakan satu majlis bagi meraikan pelajar yang cemerlang dalam akademik. Majlis ini telahpun berlangsung dengan jayanya serta berjalan dengan lancar walaupun suasana Aidul Adha kian tiba.
Ketahuilah sesungguhnya Allah mengangkat darjat orang yang berilmu beberapa darjat. Orang yang berilmu tidak akan sama keadaannya dengan orang yang memiliki ilmu
Published with Blogger-droid v1.6.5

Malam Anugerah & Majlis Perpisahan PPI 2010

Semalam (11 November 2010) telahpun berlangsung satu majlis untuk menghargai sumbangan AJK Persatuan Pelajar Islam Sesi 2010 disamping penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang bagi aktiviti sepanjang tahun ini.

Majlis turut diserikan dengan persembahan dari pemenang-pemenang pertandingan berupa nasyid dan lakonan.  Turut diketengahkan dalam majlis ini muka-muka baru yang menggantikan AJK PPI yang lama.  Ternyata pelapis baru tersebut mampu menggalas tanggungjawab yang diberikan kepada mereka walaupun tidak mempunyai banyak pengalaman. Syabas diucapkan.

Secara keseluruhannya, majlis berjalan seperti yang dirancang walaupun terdapat beberapa masalah teknikal berlaku.  Guru-guru Pendidikan Islam ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada AJK PPI 2010 yang telah memberi sumbangan sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.  Semoga kalian berjaya di dalam peperiksaan SPM dan STPM yang bakal menjelang tidak lama lagi.


Ceramah Israk Mikraj : Antara hikmah dan pengajaran

Pada sebelah pagi tadi, Panitia Pendidikan Islam serta Persatuan Pelajar Islam telah menganjurkan satu tazkiran berkaitan dengan Israk Mikraj. Penceramah yang terlibat dalam menjayakan majlis ini ialah Al-fadhil Ustaz Yazid bin Razali (Penyelia Unit Islam & Moral PPD Samarahan).

Dalam tazkirahnya, beliau menekankan beberapa isi utama yang menyentuh kalbu iaitu mengenai keikhlasan seseorang dalam membuat apa-apa pekerjaan. Jika niat itu tidak setulus perlakuannya, maka tidaklah ia menghasilkan Muslim yang berkepribadian mulia.

Malah, beliau juga menekankan betapa pentingnya pelajar Islam mengangkat martabat pendidikan kerana kita ketinggalan dalam banyak perkara. Ketamadunan manusia tidak akan dikecapi selagi tidak menguasai ilmu pengetahuan (Knowledge is power).

Kesimpulannya, majlis berjalan dengan lancar.. Alhamdulillah

Program Peningkatan Prestasi PMR 2010

Panitia mata pelajaran dengan kerjasama unit perkhidmatan bimbingan & kaunseling telah mengadakan Ceramah Teknik Menjawab Soalan bagi Pendidikan Islam yang bertempat di Bilik Akses.

Ceramah ini dihadiri oleh pelajar Muslim Tingkatan 3 bagi mempersiapsiagakan mereka dengan aspek penilaian dalam kertas Pendidikan Islam. Segala tips dan nasihat dari penceramah telah diberi perhatian sepenuhnya oleh pelajar.

Secara keseluruhannya, ramai pelajar memberikan respons yang baik terhadap isi dan juga penyampaian yang disampaikan oleh penceramah yang dijemput iaitu Ustaz Fakhrul Razi. Semoga usaha bersama ini membuahkan hasil yang mampu meningkatkan prestasi pelajaran Pendidikan Islam.

Jasamu dikenang : Ustazah Nazatul Akma

Warga Panitia Pendidikan Islam SMK Serian mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala jasa dan sumbangan Ustazah Nazatul Akma selama beliau berkhidmat di SMK Serian. Selama perkhidmatan beliau di SMK Serian, begitu banyak sumbangan yang telah ditaburkan semasa mendidik anak-anak Serian (Islam dan bukan Islam). Keperibadian dan kepimpinan beliau yang luhur itu, moga-moga menjadi pemangkin kepada rakan pendidik yang lain dalam memajukan diri dan bangsa. Jasa beliau hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalasnya.

p/s : Ustazah Nazatul Akma telah berpindah ke Johor Darul Takzim

"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik. Al-Fatihah kita sedekahkan kepada guru-guru yang telah meninggalkan kita dengan warisan ilmu yang tidak ternilai harganya. Semoga kita mampu mendidik anak bangsa walaupun jerih perih yang kita rasai.

Ujian Semester 1

Panitia pendidikan Islam ingin mengucapkan selamat menempuhi peperiksaan kepada anak-anak didik SMK Serian. Semoga usaha dan kesungguhan kalian dalam pembelajaran akan beroleh kejayaan yang diimpikan.. Amin

Bulan Dakwah SMK Serian 2010

Pertandingan Syarahan agama diadakan sebagai langkah proaktif untuk mencari pelapis baru...

Komen

Powered by Blogger