Solat Hajat Perdana 2012

Antara inisiatif yang dilakukan oleh panitia Pendidikan Islam sebagai usaha meningkatkan prestasi peperiksaan awam serta menjulang Serian.

 Amanat dari tuan Pengetua (Hj. Rambli B Zainudin)
 Pelajar yang hadir
 Ibu-ibu juga tidak ketinggalan
Mohon restu dari guru dan juga orang tua masing-masing

SMK Serian sertai Kursus Kerohanian Syiar Ramadhan Peringkat Negeri Sarawak 2012

Pada 30 Julai hingga 3 Ogos 2012 yang lepas, SMK Serian telah menghantar beberapa orang pelajar tingkatan 4 untuk mengikuti Kursus Syiar Ramadhan bertempat di Pusat Ko-Kurikulum Santubong peringkat Negeri Sarawak bagi tahun 2012.

Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang kursus ini ialah :

  • Ceramah-ceramah berkenaan fardhu Ain (wudhu / mandi wajib)
  • Perihal puasa dan tuntutannya
  • Penyembelihan (burung puyuh)
  • Pengurusan jenazah
  • Aktiviti lasak (abseiling dan wall climbing)
  • Lawatan
Secara keseluruhannya, kursus ini amat bermanfaat dan diharapkan SMK Serian dapat mengikuti lagi pada tahun yang mendatang.

**Hajijah Bt Padil (SMK Serian) telah terpilih sebagai peserta perempuan terbaik pada kursus ini. Tahniah!

















Ihya Ramadhan 2012 bersama ustaz Khairul Ikhwan

Pada Ramadhan kali ini, SMK Serian amat bersyukur kerana telah dapat menjemput Al-Fadhil ustaz Khairul Ikhwan bagi memberikan ceramah motivasi sempena Ihya' Ramadhan 2012.

Pada sesi kali ini, Ustaz Ikhwan memberikan tazkirah ringkas yang amat bermakna kepada pelajar-pelajar asrama serta pelajar cemerlang (mata pelajaran Pendidikan Islam) dari tingkatan 3 dan 5. 


Komen

Powered by Blogger