Kronologi Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak

1.       Sepanduk telah siap diwarnakan dengan baik oleh guru-guru dan pelajar SMK Serian
2.       Kelihatan Ustaz Kushairi, Ustaz Hamri dan Cikgu Fairuz membincangkan bagaimana hendak menjadikan penghias yang dibuat dari polistrin bergerak dengan menggunakan dynamo (idea tidak dapat dilaksanakan kerana masalah gear pada dynamo yang selalu terhenti)
3.       Membuat persiapan akhir. Turut membantu Cik Noraziati dan Cik Saizatul
4.       Sepanduk siap sepenuhnya
5.       Sebelum perarakan, sepanduk menghadapi masalah. Kaki sepanduk telah salah pasang dan tulisan serta hiasan menjadi luntur akibat hujan lebat yang berterusan sepanjang hari sambutan tersebut. Diucapkan jutaan terima kasih kepada Cikgu Wan Sulaiman kerana membantu bagi pengangkutan sepanduk
6.       Peserta berteduh di sebuah persinggahan kerana setibanya rombongan ke tapak perhimpunan, hujan turun dengan tidak dijangka.
7.       Sepanduk Maulidur Rasul tetap gah walaupun hujan turun dengan lebatnya. Kelihatan pelajar SMK Serian yang begitu bersemangat walaupun basah kuyup
8.       Ustazah Ratna meminta Ustazah Misbah untuk duduk rapat di bawah payung agar tidak terkena tempias hujan. Turut berkongsi Cik Noraziati dan Cik Azaliza
9.       Ustaz Hamri hanya mampu tersenyum kerana kasut yang dipakai pada hari tersebut (kasut baru) telahpun basah
10.   Perarakan berjalan melalui beberapa buah perkampungan
11.   Kepenatan jelas terpancar pada guru-guru dan pelajar-pelajar setelah mengharungi pelbagai dugaan dan rintangan sepanjang Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak kali ini

Pertandingan Pidato Agama

Pertandingan Pidato Agama Peringkat Bahagian Samarahan bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri telahpun diadakan selama 2 hari bertempat di Dewan Suarah Kota Samarahan. Seramai 25 orang peserta telah menyertai pertandingan ini.

Menariknya, hanya 3 pemenang sahaja akan dipilh untuk pertandingan pidato tersebut. Ini bermakna mereka akan bersaing antara peserta lelaki dan perempuan.

Keputusan bagi pertandingan tersebut  ialah wakil sekolah iaitu Hafis Amri dan Shaza Azlin tidak mendapat 3 tempat teratas, namun persembahan mereka amat bagus sekali.  Semoga pertandingan yang akan datang, kemenangan akan berpihak kepada SMK Serian. Amin.

Sepanduk Maulidur Rasul - Edisi 2

Kerja-kerja membuat sepanduk telah mencecah hari ketiga ketika foto ini diambil. Panitia telah meminta "pakar spray" iaitu saudara Shamsudin bagi melakukan kerja mewarnakan terjemahan yang dibuat.  

Untuk perkongsian bersama, tahun ini Panitia juga banyak dibantu oleh guru lain seperti Cik Fairus dan Cik Norazwani bagi merekabentuk sepanduk yang akan dipertandingkan.  Malah ketua Panitia Pendidikan Islam (Ustaz Kusairi) turut berkeyakinan bahawa kali ini SMK Serian akan merangkul kejuaraan berdasarkan reka bentuk sepanduk yang begitu ceria dan unik.
Perkembangan lanjut akan dikhabarkan dari masa ke masa.

Latihan Intensif Syarahan Agama

Seramai 4 orang pelajar telahpun dipilih untuk menggalas cabaran dalam pertandingan syarahan agama sempena sambutan Maulidur Rasul dan Majlis Tadarus Al-Quran. Latihan diadakan sepanjang 3 hari bermula Isnin hingga Rabu.

Sepanjang tempoh tersebut, mereka ditekankan dengan aspek suara dan penghayatan.  Segala ilmu yang diberikan semasa latihan diharapkan dapat digarap dan digunakan sebaik mungkin untuk pertandingan kelak.

Pelajar yang terpilih adalah Abg Hamidin (Tingkatan 5), Hafis Amri (Tingkatan 4), Edora (Tingkatan 4) dan Syaza Azlin (Tingkatan 2).

Persediaan awal membuat sepanduk Sempena Maulidur Rasul

Pada cuti seminggu sempena Tahun Baru Cina ini, guru-guru Pendidikan Islam SMK Serian dibantu beberapa orang guru yang lain beserta pelajar Tingkatan 6 telahpun membuat sepanduk bersempena dengan perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak yang akan diadakan dalam beberapa hari lagi.

Antara guru yang terlibat adalah Ustaz Kusairi, Ustaz Isai, Ustaz Hamri, Ustazah Ratna, Ustazah Misbah, Cik Norazwani dan Cik Fairus.

Komen

Powered by Blogger