SMK Serian sertai Kursus Kerohanian Syiar Ramadhan Peringkat Negeri Sarawak 2012

Pada 30 Julai hingga 3 Ogos 2012 yang lepas, SMK Serian telah menghantar beberapa orang pelajar tingkatan 4 untuk mengikuti Kursus Syiar Ramadhan bertempat di Pusat Ko-Kurikulum Santubong peringkat Negeri Sarawak bagi tahun 2012.

Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang kursus ini ialah :

  • Ceramah-ceramah berkenaan fardhu Ain (wudhu / mandi wajib)
  • Perihal puasa dan tuntutannya
  • Penyembelihan (burung puyuh)
  • Pengurusan jenazah
  • Aktiviti lasak (abseiling dan wall climbing)
  • Lawatan
Secara keseluruhannya, kursus ini amat bermanfaat dan diharapkan SMK Serian dapat mengikuti lagi pada tahun yang mendatang.

**Hajijah Bt Padil (SMK Serian) telah terpilih sebagai peserta perempuan terbaik pada kursus ini. Tahniah!

















Komen

Powered by Blogger