Berita gembira tahun 2010

Panitia Pendidikan Islam mengucapkan tahniah dan syabas kepada Noraida Binti Samawi kerana telah memperolehi pencapaian yang amat membanggakan dalam PMR 2010.  Selain mendapat A dalam Pendidikan Islam, beliau juga mendapat semua A dalam semua matapelajaran lain.

Ini menjadikan Noraida diumumkan sebagai pelajar terbaik Bahagian Samarahan dengan keputusan keseluruhan mencapai 9A.  Suatu pencapaian yang boleh dijadikan perangsang kepada pelajar yang lain.

Berikut adalah analisis bagi matapelajaran Pendidikan Islam bagi tahun 2009 dan 2010 secara menyeluruh.

Subjek / Tahun
2009
2010
Pendidikan Islam
91.4%
93.8%

P/S;
Pihak panitia juga akan menyiarkan temu bual bersama dengan Noraida Bt Samawi bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan rahsia disebalik kejayaan beliau pada PMR yang lepas.

Gotong-royong membersihkan surau

Pada Sabtu yang lepas, Persatuan pelajar Islam SMK Serian telah mengadakan satu gotong-royong perdana.  Ini adalah kali pertama gotong-royong  besar-besaran diadakan untuk tahun 2011. Semoga jemaah surau dapat melaksanakan ibadah mereka dalam keadaan selesa disamping rasa khusyuk semasa solat.

Pihak Panitia Pendidikan Islam mengucapkan jutaan terima kasih kepada pelajar yang begitu bersungguh-sungguh membantu guru-guru Pendidikan Islam sepanjang aktiviti tersebut diadakan.  Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa dan keprihatinan kalian semua.

Komen

Powered by Blogger