Ceramah Israk Mikraj : Antara hikmah dan pengajaran

Pada sebelah pagi tadi, Panitia Pendidikan Islam serta Persatuan Pelajar Islam telah menganjurkan satu tazkiran berkaitan dengan Israk Mikraj. Penceramah yang terlibat dalam menjayakan majlis ini ialah Al-fadhil Ustaz Yazid bin Razali (Penyelia Unit Islam & Moral PPD Samarahan).

Dalam tazkirahnya, beliau menekankan beberapa isi utama yang menyentuh kalbu iaitu mengenai keikhlasan seseorang dalam membuat apa-apa pekerjaan. Jika niat itu tidak setulus perlakuannya, maka tidaklah ia menghasilkan Muslim yang berkepribadian mulia.

Malah, beliau juga menekankan betapa pentingnya pelajar Islam mengangkat martabat pendidikan kerana kita ketinggalan dalam banyak perkara. Ketamadunan manusia tidak akan dikecapi selagi tidak menguasai ilmu pengetahuan (Knowledge is power).

Kesimpulannya, majlis berjalan dengan lancar.. Alhamdulillah

Program Peningkatan Prestasi PMR 2010

Panitia mata pelajaran dengan kerjasama unit perkhidmatan bimbingan & kaunseling telah mengadakan Ceramah Teknik Menjawab Soalan bagi Pendidikan Islam yang bertempat di Bilik Akses.

Ceramah ini dihadiri oleh pelajar Muslim Tingkatan 3 bagi mempersiapsiagakan mereka dengan aspek penilaian dalam kertas Pendidikan Islam. Segala tips dan nasihat dari penceramah telah diberi perhatian sepenuhnya oleh pelajar.

Secara keseluruhannya, ramai pelajar memberikan respons yang baik terhadap isi dan juga penyampaian yang disampaikan oleh penceramah yang dijemput iaitu Ustaz Fakhrul Razi. Semoga usaha bersama ini membuahkan hasil yang mampu meningkatkan prestasi pelajaran Pendidikan Islam.

Jasamu dikenang : Ustazah Nazatul Akma

Warga Panitia Pendidikan Islam SMK Serian mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala jasa dan sumbangan Ustazah Nazatul Akma selama beliau berkhidmat di SMK Serian. Selama perkhidmatan beliau di SMK Serian, begitu banyak sumbangan yang telah ditaburkan semasa mendidik anak-anak Serian (Islam dan bukan Islam). Keperibadian dan kepimpinan beliau yang luhur itu, moga-moga menjadi pemangkin kepada rakan pendidik yang lain dalam memajukan diri dan bangsa. Jasa beliau hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalasnya.

p/s : Ustazah Nazatul Akma telah berpindah ke Johor Darul Takzim

Komen

Powered by Blogger